15 Gambar..Tanah Runtuh Di Kilometer 52.4 Lebuhraya KL-Kuantan (KARAK)...


Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di Kilometer 52.4 Lebuhraya KL-Kuantan (Karak) kira-kira jam 7 petang tadi berikutan hujan lebat.

Perkara ini dihebahkan oleh Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) melalui laman Twitternya di mana menurut mereka  semua laluan terhalang.

Menurut LLM lagi, trafik dari kedua-dua arah sesak kerana tanah runtuh telah menyebabkan laluan terhalang dan orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi arahan pegawai bertugas.

Untuk mereka yang melalui jalan berkenaan boleh menggunakan laluan alternatif dari Kuantan keluar ke persimpangn Bentong manakala dari Kuala Lumpur keluar ke persimpangn Genting Sempah.

Sementara itu menurut laporan The Star, terdapat beberapa kereta tertimbus di dalam kejadian itu.

“Saya baru sahaja bercakap dengan beberapa pegawai, terdapat beberapa buah kereta tertimbus di bawah tanah runtuh,” kata ketua bahagian trafik Kumpulan Media Radio Star, Priscilla Patrick.

Kesan runtuhan dijangka tidak akan dapat dibersihkan malam ni, tambahnya lagi.













Related Posts :

0 Response to "15 Gambar..Tanah Runtuh Di Kilometer 52.4 Lebuhraya KL-Kuantan (KARAK)..."

Post a Comment

[[[ KLIK SINI UNTUK BACA ]]]