34 Ketua Cawangan Umno Sesak PM Najib Letak Jawatan

34 Ketua Cawangan Umno Sesak PM Najib Letak Jawatan


Melalui satu laporan Sinar Harian, seramai 34 ketua Cawangan Umno dari 5 buah negeri sebulat suara mendesak secara terbuka agar Najib Razak meletak jawatan sebagai Presiden Umno.

Kesemua 34 orang adalah dari Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Perak dan Sabah menghadiri sesi suai kenal serta mengadakan mesyuarat yang berlangsung kira-kira selama 1 jam.

Mohd Isa Mohd Yasin (ketua cawangan Umno Taman PD Utama) berkata, mereka sebulat suara mendesak Presiden Umno meletak jawatan kerana sudah hilang kepercayaan terhadap PM Najib.

Ini komennya:

“Namun, apa yang berlaku hari ini tidak seperti mana yang diharapkan dan sudah ramai yang sangsi dengan Umno.

“Melalui mesyuarat ini juga, kita mahu parti tidak mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap timbalan presiden, naib presiden, ketua cawangan atau mana-mana ahli Umno yang tampil membuat kritikan kepada parti,” 

Mohd Isa juga mendakwa mereka sudah mendapat sokongan hampir 5,000 ketua cawangan lain dari seluruh negara dan bercadang mengadakan himpunan besar-besaran akhir bulan depan berhubung perkara berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, lokasi penganjuran masih belum ditetapkan.

“Kita yakin akan mendapat sokongan lebih satu perempat daripada cawangan Umno di seluruh negara.

“Tindakan kami ini tidak didorong oleh mana-mana pihak, sebaliknya atas kesedaran sendiri untuk mengembalikan hak bersuara dalam Umno kepada yang benar-benar berhak iaitu ketua Umno cawangan sebagai akar umbi supaya parti dapat diselamatkan,”

Sumber: SinarHarian

Related Posts :

0 Response to "34 Ketua Cawangan Umno Sesak PM Najib Letak Jawatan"

Post a Comment

[[[ KLIK SINI UNTUK BACA ]]]