Beli pregnancy test, ini komen Emma Maembong..

Baru-baru ini Emma Maembong dikhabarkan ada membeli alat ujian kehamilan atau dipanggil pregnancy test di sebuah farmasi. Emma memetik poral Bharian menafikan hal dia hamil anak luar nikah sebaliknya dia beli adalah untuk kakaknya, Yaya lima bulan yang lalu.
"Saya tidak faham bagaimana isu ini boleh menjadi hangat secara tiba-tiba kerana ia berlaku lima bulan lalu. Tujuan saya bercerita adalah untuk berkongsi khabar gembira kakak saya, Yaya sudah hamil. Tidak sangka nama saya pula terpalit dengan kontroversi ini.

"Saya memilih untuk tidak bercerita lebih lanjut supaya perkara ini tidak lagi dipanjangkan dan bagi mengelakkan salah faham. Tidak sangka perkara kecil boleh dimanipulasi oleh sesetengah pihak sehingga timbul cerita saya mengandung pula.

"Perkongsian itu adalah atas dasar perbualan antara saya dan teman media, tidak sangka timbul pula cerita mengenai situasi saya ketika membeli alat menguji kehamilan itu," kata Emma

0 Response to "Beli pregnancy test, ini komen Emma Maembong.."

Post a Comment

[[[ KLIK SINI UNTUK BACA ]]]