Seorang kanak-kanak berusia lima tahun terpaksa menahan sakit selepas hidungnya putus digigit anjing liar ketika bermain di luar rumah.
Lebih malang lagi, hidung kanak-kanak itu, Xiaowen masih belum disambung semula kerana keluarganya tidak mampu menanggung kos perubatan yang mahal.
Xiaowen kini dirawat di sebuah hospital di sini dan hidungnya direndam dalam cecair khas sementara menunggu ia disambung semula.
Bapa Xiaowen, Wu Huajing berkata, anaknya diserang seekor anjing liar pada 31 Oktober lalu sehingga menyebabkan sebahagian hidungnya terputus.
“Saya membawa Xiaowen ke hospital, tetapi doktor memberitahu kecederaan anak saya sangat parah dan tidak boleh dirawat di sini.
“Doktor berkata, anak saya perlu menjalani pembedahan menyambung semula hidungnya di hospital di Shanghai,” katanya.
Bagaimanapun, dia tidak mampu membawa anaknya ke Shanghai kerana kos pembedahan dianggarkan berjumlah 300,000 yuan (RM203,555).
Huajing yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan terpaksa menyara lima lagi anak kini merayu derma orang ramai untuk membantu kos pembedahan anaknya itu.
“Saya sudah tidak sanggup lagi melihat keadaan anak saya. Setiap hari dia menangis kerana kesakitan,” katanya.
sumber hmetro.com.
Related Posts :
Sayu : Video lelaki berkopiah sepak dan pukul isteri ditempat awam di kecam
Satu Video selama 1 minit telah menjadi viral yang mana dilihat dalam video terbabit seorang lelaki berkopih telah menyepak dan memukul ist… Read More...
Kalau Dah Rezeki !!! KORANG JANGAN TERKEJUT ,,, JOM Lihat apa yang lelaki ini jumpa di dalam pintu keretanya [10 Gambar ]
… Read More...
"Bukan Salah Saya. Dia Datang Hulur Rm300. Saya Orang Bagi Duit Saya Amik Je." - Wanita Dedah Perilaku Lelaki Yang "order" Tapi Tersalah Cakap Pula. AKhirnya
Kuala Lumpur: Seramai 34 wanita warga Uzbekistan ditahan di sebuah kelab malam di Jalan P Ramlee, di sini, awal pagi semalam, selepas d… Read More...
10 GAMBAR PERIBADI - 'KEK KRISTAL' SEMPENA HARI LAHIR NEELOFA. ANGKA KERAMAT 27 BUAT NEEL CAPAI RM5,000,00.00 !!!! CANTIK , KAYA , MENAWAN. JANGAN GIGIT JARI TENGOK GAMBAR - GAMBAR NI YE WAHAI CIK ABANG
Malam semalam, telah berlangsung sambutan hari lahir Neelofa yang baru-baru ini bergelar jutawan apabila mengaut keuntungan RM50 juta s… Read More...
Sayu : Video lelaki berkopiah sepak dan pukul isteri ditempat awam di kecam
Satu Video selama 1 minit telah menjadi viral yang mana dilihat dalam video terbabit seorang lelaki berkopih telah menyepak dan memukul ist… Read More...
0 Response to "Budak Putus Hidung digigit anjing liar"
Post a Comment