Dana RM2.6 Bilion: Najib Setuju Untuk Beri Keterangan Kepada SPRM
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan memberi kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tentang kes sumbangan dana politik berjumlah RM2.6 bilion.
PM Najib berkata Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah memaklumkan bahawa beliau diminta memberi keterangan kepada SPRM berhubung kes berkenaan.
Ini komen PM Najib:
"Saya akan berbuat demikian dan memberi kenyataan kepada SPRM dalam masa terdekat berhubung sumbangan dana politik tersebut.
"Saya akan memberi kerjasama dan keterangan kepada SPRM agar siasatan ini dapat disiapkan secepat mungkin,"
Katanya, sememangnya menjadi hasrat beliau untuk memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan kes itu memandangkan ia telah menimbulkan pelbagai tuduhan dan fitnah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed di Johor Baru, hari ini berkata perdana menteri telah bersetuju untuk diambil keterangan mengenai dana politik itu, dan sedang menunggu tarikh untuk menemu bual perdana menteri.
Sumber - Bernama
0 Response to "Dana RM2.6 Bilion: Akhirnya PM Najib Akan Beri Keterangan Kepada SPRM"
Post a Comment