NGERI !! Seorang Maut, 5 Parah Nahas Dua Kereta Bertembung

Sungai Petani – Seorang maut manakala lima cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta jenis Proton Wira dan Honda City di Taman Berangan dekat sini, kira-kira jam 10 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa, berkata mangsa yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai S Pavithran, 18, yang juga penumpang belakang kereta Proton Wira itu.
Pemandu Proton Wira terbabit, K Saravanan, 33, dan penumpang belakang, S Kanesram, 21, cedera parah di kepala manakala seorang lagi penumpang hadapan, K Saranrao, 18, cedera parah di kaki.
Dua lagi yang parah ialah pasangan suami isteri yang juga pemandu dan penumpang kereta Honda City terbabit iaitu Lim Kok Kean, 26, dan isterinya Ong Siew Hua, 25.
Md Zukir berkata, nahas berlaku apabila kereta Proton Wira yang datang dari arah Taman Keladi menuju ke arah Taman Berangan dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lagi kereta.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya, lapor Bernama.

Related Posts :

0 Response to "NGERI !! Seorang Maut, 5 Parah Nahas Dua Kereta Bertembung"

Post a Comment

[[[ KLIK SINI UNTUK BACA ]]]