PERINGATAN !! Ambil Insurans Banjir Elak Harta Benda Rosak
Dengan menjelangnya musim tengkujuh di negeri-negeri Pantai Timur, orang ramai dinasihti untuk mendapatkan pelan perlindungan banjir dari Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) untuk melindungi harta benda dalam musim berkenaan yang bermula antara November hingga Mac.
Pengerusinya Chua Seck Guan berkata insuran banjir ada polisi insurans khusus untuk melindungi harta benda daripada kerosakan akibat banjir dan ia adalah langkah awal untuk orang ramai mengelak daripada menanggung kerugian.
“Seperti pengalaman pada tahun lepas, sebanyak 8,538 tuntutan dibuat kepada syarikat-syarikat insurans berjumlah RM308.3 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jika harta benda tidak dilindungi insurans, pemiliknya perlu menanggung semua kerugian apabila harta benda rosak akibat bencana alam itu.
PIAM menasihati orang ramai untuk menghubungi syarikat atau ejen insurans untuk mendapatkan panduan berkenaan perlindungan insurans berkenaan untuk memenuhi keperluan mereka. – PRU14.tv
0 Response to "PERINGATAN !! Ambil Insurans Banjir Elak Harta Benda Rosak"
Post a Comment