Saat-saat suspek kes pukul ditahan dan reman .. senyum.. muram..sedih (4Gambar)


Setelah lama diburu akhir nya di tangkap jua ini lah yang terpaksa dihadapi oleh gadis-gadis ala gengster ni .. lihat riak wajah nya SENYUM, MURAM DAN SEDIH ternyata mereka kesal dengan apa yang berlaku namun nasi sudah jadi bubur dan tak boleh nak elak lagi mereka kena tempuhi jua akibat perbuatan mereka.

Ikuti Laporan dari Bernama : 



KOTA BHARU: Seorang lagi suspek kes seorang gadis berusia 20-an dipukul beberapa wanita di Wakaf Mek Zainab di sini bulan lepas, direman empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek berkenaan berusia 22 tahun, ditahan di kawasan tempat meletak kenderaan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa kira-kira 5.30 petang semalam. 

Beliau berkata, perintah tahanan reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu, Rozita Md Saad. "Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan mangsa," katanya ketika dihubungi di sini.

Bulan lepas, seorang gadis berusia 20-an dipukul beberapa wanita yang dikatakan berpunca daripada salah faham, dan mangsa juga didakwa menjalin hubungan sulit dengan tunang serta bekas suami dengan suspek berkenaan. Video mangsa yang dipukul turut menjadi viral di laman sosial Facebook. 


Suspek utama kes itu, Ika Ekora atau nama sebenar Nurul Atikah Hanafi, 27, didakwa di Mahkamah Majistret Kota Baharu pada 30 Oktober lepas. Seorang lagi suspek wanita dikenali sebagai Nija, 21, turut ditahan pada 15 November lepas ketika sedang makan di sebuah restoran di Panji pada jam 10.20 malam serta direman selama empat hari dan tempoh reman disambung empat hari lagi bermula 19 November. - BERNAMA FOTO DTR

Related Posts :

0 Response to "Saat-saat suspek kes pukul ditahan dan reman .. senyum.. muram..sedih (4Gambar)"

Post a Comment

[[[ KLIK SINI UNTUK BACA ]]]