Sayu : Gadis PG Bowl Diserang dan Cuba Diperkosa 3 Warga Asing Semasa Pulang Kerja (3Gambar)

PASIR GUDANG : Seorang gadis cedera parah dalam cubaan rogol oleh tiga lelaki warga asing. Gadis tersebut merupakan anak kepada seorang anggota SRS KRT TMF5 telah dipukul dan dicederakan pada jam 10.00 malam kelmarin ketika pulang dari kerja.

Mangsa yang bekerja sebagai Juruwang di Pasir Gudang Bowl (PGB) yang pulang ke rumah melalui jalan dari pusat bandar ke Taman Mawar, Pasir Gudang, diserang oleh tiga warga asing yang didakwa cuba merogol mangsa.

Menurut sumber, mangsa menyedari dirinya diekori oleh tiga lelaki berkenaan dalam perjalanan pulang, lalu menghubungi rakan sekerjanya memaklumkan mengenai perkara itu sebelum diserang oleh sekumpulan suspek berkenaan.

Rakannya yang bergegas ke tempat kejadian menemui mangsa sedang dipukul dan dipijak-pijak. Mangsa juga dilihat bangkit melawan tiga lelaki terbabit sehingga jatuh longkang.

Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala, lebam di muka dan beberapa bahagian badan yang lain dikejarkan ke hospital berdekatan.

“Kini mangsa masih berada di Emergency Room. Doktor nak imbas otak dia. Mungkin dah buat pada jam 1 pagi tadi. Kesian sangat, nasib baik belum sempat dirogol. Budak ini pun memang melawan,” kata bebrapa orang saksi.

Setakat ini polis masih belum mengesahkan kejadian yang menimpa gadis terbabit. Kami semua doakan agar mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.
– PRU14.tv

0 Response to "Sayu : Gadis PG Bowl Diserang dan Cuba Diperkosa 3 Warga Asing Semasa Pulang Kerja (3Gambar)"

Post a Comment

[[[ KLIK SINI UNTUK BACA ]]]