Sedih Saya Membacanya: PM Najib

Sedih Saya Membacanya: PM Najib


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa sedih dan juga simpati kepada keluarga seorang pelajar yang membunuh diri kerana tidak dapat menjawab soalan kertas peperiksaan Matematik Tambahan SPM baru-baru ini.

Pelajar itu membunuh diri hari Rabu yang lalu dengan menggantung diri.

Ini status dari PM Najib:

Saya amat sedih membaca mengenai pelajar tingkatan 5 yang membunuh diri akibat kecewa tidak dapat menjawab soalan SPM.

Saya ucap takziah kepada ibu pelajar tersebut atas kehilangan anak tersayang.

Sebagai seorang bapa, saya berkongsi perasaan sedih keluarga mangsa. Meskipun penting, peperiksaan bukan segala-galanya. Perkara yang paling utama adalah ikatan kekeluargaan.

Saya harap Kementerian Pendidikan dan yang berkaitan memandang berat isu ini. Bantuan dari sudut bimbingan dan kaunseling perlu diperbanyakkan bagi menghindari kejadian sebegini daripada berlaku lagi

Sumber: Facebook PM Najib

Related Posts :

0 Response to "Sedih Saya Membacanya: PM Najib"

Post a Comment

[[[ KLIK SINI UNTUK BACA ]]]