AHMAD Hazwan Bakri diangkat sebagai wira Selangor selepas menjaringkan kedua-dua gol pasukannya pada aksi final Piala Malaysia 2015 menentang Kedah di Stadium Shah Alam malam tadi.
Kejayaan tersebut merupakan kejuaraan ke-33 buat Selangor yang telah menunggu selama 10 tahun untuk bergelar juara selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 2005.
Lebih manis, ia merupakan hadiah paling istimewa buat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-70 kelmarin.
Dalam pada itu juga tidak lupa Artis dan selebriti kelahiran Negeri Selangor yang amat teruja dengan kemenangan Selangor menjulang Piala Malaysia seterusnya mencapai Misi 33 mereka.
Lihat-foto-foto mereka yang Fanatik Selangor FA Selebriti tersebut adalah Roy Azman, Reen Rahim, Nad Zainal, Abam Bocey, Kiran, Fara Fauzana, Zain Saidin dan anak nya Aisyaa yang cute sangat.
Namun ramai lagi selebriti kelahiran selangor seperti Tomok, Adi Fashla, Ray Era Fm dan Ramai lagi.
Kejayaan tersebut juga menjadi detik paling manis buat jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic, yang sebelum ini pernah menjulang piala berprestij itu ketika bergelar pemain dengan skuad Gergasi Merah itu pada tahun 1995, 1996 dan 1997.
Pada aksi semalam, Selangor tidak mengambil masa lama untuk memecah kebuntuan apabila menjaringkan gol pertama pada minit ketiga menerusi rembatan kencang Hazwan.
Pemain kelahiran Labuan yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya pada bulan lalu berjaya memanfaatkan hantaran daripada pemain import Selangor, Guilherme De Paula, sekali gus mudah menewaskan penjaga gol Kedah, Mohd. Firdaus Muhammad.
Skuad Helang Merah kembali mengatur gerak dan cuba mengasak benteng Selangor tetapi kapten, Muhd. Shahrom Abd. Kalam berjaya mematahkan serangan Kedah yang diketuai Chidi Edeh dan Sandro Da Silva.
Percubaan terbaik pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe itu hadir menerusi Mohd. Rizal Ghazali tetapi tendangan tepat itu berjaya dinafikan penjaga gawang Selangor, Norazlan Razali pada minit ke-45.
Bersambung di babak kedua, Hazwan sekali lagi menjadi duri dalam daging buat benteng pertahanan Kedah apabila menggandakan kedudukan buat pasukan tuan rumah pada minit ke-46.
De Paula sekali lagi menjadi watak penting untuk gol kedua Selangor dengan melorongkan hantaran cantik kepada penyerang berusia 24 tahun itu sekali gus berjaya menewaskan Firdaus buat kali kedua berturut-turut.
Pemain gantian, S. Veenod hampir berjaya meledak gol ketiga buat skuad Gergasi Merah tetapi percubaan tepat itu berjaya ditepis oleh Firdaus pada minit ke-79.
Malang buat Kedah yang beraksi dengan 10 pemain apabila penjaga gol, Firdaus diarahkan keluar padang oleh pengadil, Muhammad Nazmi Nasaruddin yang dikatakan menampan bola di luar kawasan kotak penalti pada minit ke-83.
Skuad Helang Merah cuba mempamerkan kebangkitan dengan melancarkan serangan bertali arus, namun usaha mereka terus menemui kebuntuan sehingga wisel penamat. - Credit Kosmo
0 Response to "Artis Fanatik Selangor Fa Juara Piala Malaysia 2015 .. terjah foto mereka layan BOLA (8Gambar)"
Post a Comment