SHAH ALAM: Penyanyi Siti Nordiana, 31, menepati ramalan muncul juara pertandingan akhir program Gegar Vaganza musim kedua (GV2), yang bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, malam tadi.
Siti Nordiana atau lebih popular dengan panggilan Nana menewaskan lima peserta akhir lain iaitu Farahadhiya, Ezad Lazim, Haiza, Nassier Wahab dan Acong Sweet Child, sekali gus berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, sebuah trofi serta berpeluang merakamkan single terbitan Astro.
Nana yang dikenali menerusi lagu Memori Berkasih turut menerima pakej percutian ke Madrid, Sepanyol bernilai RM30,000.
Lagu Putus Terpaksa yang dipopularkan oleh Ziana Zain dipersembahkan oleh Nana dengan baik sekali dan mendapat tepukan gemuruh daripada penonton yang hadir.
Dalam pada itu ramai peminat ingin tahu di sebalik kejayaannya diGV2 dan kenapa diri nya sampai kini lebih selesa sebagai ibu tunggal.
Penyanyi Siti Nordiana yang sudah hidup sebagai ibu tunggal 6 tahun lamanya terpaksa akur dengan permintaan anak beliau Muhammad Rayyan Nakhie yang tidak mengizinkan beliau untuk berumah tangga lagi, ini kerana masih sukar menerima kenyataan sekiranya ada lelaki lain yang menggantikan arwah bapanya kator Mohd Faizal Yusup.
Penyanyi Siti Nordiana yang sudah hidup sebagai ibu tunggal 6 tahun lamanya terpaksa akur dengan permintaan anak beliau Muhammad Rayyan Nakhie yang tidak mengizinkan beliau untuk berumah tangga lagi, ini kerana masih sukar menerima kenyataan sekiranya ada lelaki lain yang menggantikan arwah bapanya kator Mohd Faizal Yusup.
Saya rasa salah satu sebab mengapa saya tidak berkahwin lagi sehingga sekarang adalah sebab anak saya. Dia sendiri tidak boleh terima jika saya berkahwin dan ada lelaki lain yang mendekati saya. Mungkin dia kecil lagi dan banyak perkara yang dia tidak paham lagi kerana dia selalu rasa bapanya masih ada walapun dia sendiri sudah tahu yang bapanya sudah kembali ke rahmatullah.Jadi sehingga kini saya belum fikir untuk berumahtangga lagi kerana bukan senang untuk seorang lelaki hendak menerima saya bersama anak saya. Apa yang penting sekarang adalah anak saya tentag jodoh saya serahkan kepada Tuhan.
Namun, Siti Nordiana mengakui beliau merasa sedikit sukar untuk menghadapi hidup sebagai seorang ibu tunggal tanpa kehadiran lelaki yang bergelar suami disisinya.
Saya akui bukan mudah hidup sendiri ni. Lebih sukar apabila saya terpaksa membesarkan anak saya sendiri tanpa panduan seorang suami atau bapanya. Tanggungjawabnya sangat besar kerana apa yang jadi pada anak saya adalah atas didikan saya sendiri yang merupakan ibunya. Namun saya ambil ini sebagai cabaran hidup saya.
Tidak mengapa Siti Nordiana, anak adalah harta yang paling berharga dalam hidup. Zaman sekarang ini bukan mudah untuk berjumpa dengan lelaki yang baik dan sanggup menggalas tanggugjawab sebagai seorang bapa apabila berkahwin dengan ibu tunggal. Credit BH, beautifulnara
0 Response to "Disebalik Nana Juara GV2 .. Ibu tunggal ini akui anak tidak benarkan beliau kahwin lagi ? (3Gambar)"
Post a Comment