Kamal Adli akui bila bersama Emma Maembong kerjayanya kini....

Kamal Adli memberitahu rezekinya lebih murah sejak menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Emma Maembong. Tambah Kamal biarpun dikecam kerana terkait kontroversi perpisahan aktres tersebut dengan pelawak Zizan Razak, namun dia mengakui menerima hikmah lain.

"Sejak berkawan dengan Emma Maembong memang nama saya dihimpit kontroversi satu persatu, selain dikecam teruk di laman sosial dan digugurkan produksi dari sebuah filem.

"Walaupun agak tertekan dengan perkara itu, ada hikmah lain yang saya nampak iaitu rezeki saya tidak putus-putus. Saya akui banyak tawaran yang saya terima antaranya jadi duta produk minuman Escola," ujarnya kepada mStar Online.

Related Posts :

0 Response to "Kamal Adli akui bila bersama Emma Maembong kerjayanya kini...."

Post a Comment

[[[ KLIK SINI UNTUK BACA ]]]