Lelaki Indonesia Mengaku Dirinya Sebagai Imam Mahdi Buat Sidang Media di Kuala Lumpur

Lelaki Indonesia Mengaku Dirinya Sebagai Imam Mahdi Buat Sidang Media di Kuala Lumpur


Seorang lelaki warga Indonesia, Muhammad Zubir Amir Amir Abdullah telah membuat satu sidang akhbar di Kuala Lumpur yang mengatakan dia adalah pemimpin Islam yang dibaiah di Kaabah, Mekah.

Ketika ditanya tujuan mengenai kedatangannya ke Malaysia, Zubir berkata dia bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin agama negara bagi berdialog untuk mencapai satu titik persetujuan dimana ketua agama negara dapat menerima kedatangan ketua pemimpin Islam.

Ini komennya:

“Saya mengangkat tongkat dengan tangan kanan dan meletakkan tangan kiri didada diiringi pengikut mengangkat tangan kiri dengan telapak tangan dan jari terbuka serta meletakkan tangan kanan di dada mereka,” 

Zubir mendakwa dirinya telah pun dibaiah dan diangkat oleh 11 pengikutnya sebagai Imam Mahdi dalam satu upacara yang dilakukan di Kaabah.

Upacara baiah itu dikatakan diadakan di antara hajar aswad dan makam Nabi Ibrahim di Mekah pada 18 Julai lalu.

Zubir kemudian telah ditahan oleh kerajaan Arab Saudi selepas upacara bai'ah sebelum dia dibebaskan 28 hari kemudian melalui proses siasatan.

Pembebasan Zubir itu dianggap satu keajaiban oleh pengikutnya kerana menurut mereka sebelum ini belum pernah seseorang yang ditangkap dapat bebas dari hukuman kerajaan Arab Saudi.

Ditanya apakah tanda-tanda dirinya adalah Imam Mahadi serta pendekatannya, Zubir berkata “tanda-tandanya adalah anak lahirkan tuan. Dimana perkara besar apabila berlaku anak-anak yang menderhaka kepada ibu bapa mereka.”

Menurut Zubir yang berasal dari Medan, Indonesia, dia tidak mahu mengakui dirinya sebagai Imam Mahadi tetapi dia seringkali mengulang-ulang satu ayat : “saat diriku menyampaikan kalam Allah s.w.t secara mutlak, jangan ditanya aku siapa”.

Beliau mendakwa hanya berdakwah untuk mengajak manusia kepada Islam.

Sumber: SiakapKeli

Related Posts :

0 Response to "Lelaki Indonesia Mengaku Dirinya Sebagai Imam Mahdi Buat Sidang Media di Kuala Lumpur"

Post a Comment

[[[ KLIK SINI UNTUK BACA ]]]