"Saya Tanggung Masalah Pemimpin Terdahulu" - PM Najib
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau terpaksa menanggung beban masalah ekonomi yang dihadapi rakyat ketika ini sebenarnya merupakan masalah dari kepimpinan terdahulu.
Mengambil contoh mengenai kemarahan rakyat berhubung kenaikan tambang pengangkutan awam khsusnya Express Link Rail (ERL), PM Najib berkata masalah itu berpunca daripada perjanjian yang ditandatangani pada 1997.
Malah, PM Najib berkata, selepas mengambil alih jawatan perdana menteri, beliau cuba menyelesaikan masalah membabitkan perjanjian tersebut tetapi tidak mampu kerana perjanjian sudah termeterai.
“Tapi tuan-tuan tak tahu, perjanjian ditandatangi pada 1997. Bukan setahun dua ini. Konsesi jangka panjang. Dalam perjanjian itu di mana syarikat YTL menguasainya, saya sifatkan sebagai berat sebelah.
“Jadi sebab itu saya nak terangkan kepada sidang perwakilan, saya terima masalah legasi. Tapi kita akan betulkan perkara ini,”
“Harga bukan ditentukan berdasarkan actual traffic tapi contractual traffic. Dalam perjanjian akan naik setiap lima tahun.
"Bila saya jadi perdana menteri, saya tak benarkan dah, jadi 14 tahun tak naik. Tapi pampasannya berapa? RM2.9 bilion. Sebab itulah kali ini kita terpaksa naik, kalau tidak parah kita,”
0 Response to ""Saya Tanggung Masalah Pemimpin Terdahulu" - PM Najib"
Post a Comment