(Terkini) Ibu Sembelih Dua Anak Kecil
Dua beradik ditemui meingal dunia, dipercayai disembelih oleh ibu mereka sendiri di rumah mereka yang terletak di Taman Wira Indah, Sungai Petani, Kedah.
Kanak-kanak malang itu berumur dua tahun empat (budak lelaki) bulan dan enam tahun (budak perempuan). Mereka dikatakan disembelih dengan menggunakan pisau.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 3 petang, kanak-kanak lelaki dan kakaknya itu ditemui di dua bilik tidur mereka dalam keadaan berlumuran darah.
Pihak polis berkata, ahli keluarga lain yang menyedari kejadian itu kemudian menghubungi pihak polis.
Ini komen polis:
"Polis datang tidak lama kemudian lalu menahan suspek dan membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan selanjutnya.
"Pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah kini sedang menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa,"
Sumber: BHarian
0 Response to "(Terkini) Ibu Sembelih Dua Anak Kecil"
Post a Comment