Tragedi 5 Beranak Maut.. Misteri Air Tejun Belukar Bukit Terus Tagih Nyawa?

Tragedi 5 Beranak Maut.. Misteri Air Tejun Belukar Bukit Terus Tagih Nyawa?

Air tejun belukar bukit terletak 23 km dari bandar kuala berang hulu terengganu Air terjun belukar bukit sebuah kawasan perkelahan yang agak popular dihulu terengganu.

Kawasan perkelahan ini merupakan kawasan perkelahan sungai kerana sebahagian besar kawasan perkelahan ini merupakan sungai yang berpasir,sebahagian lagi kawasan ini merupakan jeram yang berbatu yang agak bahaya kapada yang tak biasa dengan kawasan seperti ini.


Sangat sesuai untuk mandi manda sekeluarga. Jauh dari bandar kuala terengganu 62km

.
Air terjun belukar bukit merupakan tempat perkelahan sungai,

Tapi tempat perkelahan ini dinamakan pula sebagai air terjun, sedangkan tidak ada air terjun pun dikawasan perkelahan ini.


Asal usul yang dinamakan sebagai air terjun tak plk diketahui.Penduduk tempatan memanggil air terjun belukar bukit sebagai Lubuk Gala


Pasir yang luas dan air yang jernih


Sungai tempat perkelahan ini plk dinamakan sebagai sungai berang,Sungai berang berkuala kan  sungai terengganu di bandar kuala berang.Asal usul nama kuala berang juga diambil dari nama sungai ini’.

Walau pun tempat perkelahan ini di kelaskan sebagai tempat yang selamat untuk mandi manda sekeluarga, ada juga kemalangan lemas yang terjadi.


Yang jadi misteri ialah tempat yang lemas hanya lah dikebanyakan dikawasan yang cetek sahaja,Walau macam mana pun ada juga yang lemas dikawasan yang air yang dalam.Mangsa yang didapati lemas biasanya dikalangan budak2 dan pengunjung luar dari kawasan belukar bukit.

Air yang cukup jernih


Tempat perkelahan sering terjadi kejadian lemas kapada pengunjung2 yang datang untuk berkelah,Kejadian lemas macam menjadi perkara biasa ditempat2 berkelah dimana sahaja dan biasanya akan dikaitkan dengan perkara2 yang misteri.

Kejadian lemas yang paling menyayat hati telah berlaku beberapa tahun dahulu melibatkan tiga sepupu,Dalam kejadian tersebut ketiga2 sepupu tersebut telah lemas hanya ditepi sungai sahaja,

Tiga sepupu tersebut telah dibawa oleh ayah mereka untuk menghabiskan cuti.Dikatakan ketiga2 mereka mereka seperti dipukau untuk terjun diair sungai yang sangat jernih itu,


Ketiga2 mangsa gagal diselamatkan kerana kawasan perkelahan ini dimasa itu tiada perkunjung.AlFatihah.

Baru2 ini juga telah terjadi trajedi lemas dikawasan perkelahan ini yang melibatkan pengunjung yang datang dari luar,Mangsa dikatakan mandi2 dan bermain dikawasan yang berjeram yang airnya deras.Payah untuk dibuat kesimpulan sebab2 perkara ini terjadi


  Lubuk yang dikatakan tempat selalu memakan korban

Misteri Air Terjun Belukar Bukit

Setelah banyak terjadi kejadian lemas dikawasan perkelahan belukar bukit aku cuba juga bertanya kpd penduduk tempatan yang sentiasa ada dikawasan perkelahan ini,Ada beberapa cerita yang menyeramkan telah aku kesan dari cerita2 yang diberikan.

Seorang kawan aku yang sentiasa ada dikawasan tersebut dengan kegiatan memancing dan menangkap ikan dengan cara memukat dan memanah  telah bercerita bahawa dilubuk yang  paling dalam sekali ada sesuatu penampakan yang anih,didalam lubuk tersebut beliau telah jumpai seekor ikan yang muncung nya seakan2 babi,beliau telah bercerita kalau ada penampakan yang macam itu,beliau akan cepat2 naik kedarat dan kegiatan memanah ikan dilubuk tersebut akan dihentikan serta merta


,Beliau juga bercerita kalau ada penampakan yang seumpama itu biasanya akan terjadi kejadian lemas oleh pengunjung yang datang untuk berkelah..Tak diketahui sama ada cerita ini benar atau pun tidak tapi itu lah yang diceritakan kapada aku

Kawan aku juga bercerita dikawasan chalet yang dibina telah banyak penampakan yang terjadi sehinggakan chalet2 ini kurang mendapat sambutan,Chalet yang disediakan hanya disewa oleh badan2 kerajaan untuk berkhursus dan melibatkan ramai peserta,Kelihatan chalet2 ini basi dan seperti ditakuti untuk disewa.Wallahuaklam

Chalet dan dewan

Setelah aku dengar cerita2 yang macam tu aku cuba untuk kesitu untuk menghayati cerita nya dan ingin mencuba ketakutan yang ada pada aku,


Aku sering juga mandi2 dilubuk yang dikatakan sebagai memakan ramai mangsa,Apa yang aku dapati tak ada benda yang pelik didalam lubuk itu kecuali air sungai nya yang sangat jernih sehingga menampakan lantai sungai nya.


Seperti berdosa kalau dikatakan tempat itu berhantu atau mempunyai penunggu dan sebagainya.Aku juga telah mengunjungi chalet2 yang ada,dan aku juga dapati tak ada apa yang pelik Cuma kawasan chalet agak jauh dibina dari kawasan perkelahan,


Bohong lah kalau aku kata kawasan macam ni tak menyeramkan lebih2 lagi kalau berseorangan.Memang permandangan chalet ini agak menyeramkan dikala malam tiba dan ditambah pula tak ada seorang  pun pengunjung.




Mungkin begini rupa ikan yg bermuncung babi

Nasihat aku kapada yang ingin mengunjungi kawasan perkelahan dimana2 sahaja, elakkan diri dari terlampau suka sehingga kita lupa bahawa kita sentiasa diperhatikan oleh makhluk lain kerana selain dari kita terlalu ramai makhluk yang mendiami bumi ini khasnya dikawasan yang seperti ini,

Hendaklah sentiasa beringat2,Solat jangan lupa,Surau2 ditempat perkelahan sentiasa dilupakan,seperti dikawasan perkelahan segala suruhan tuhan tak perlu dibuat.Pergi dan hayati keindahan ciptaan tuhan untuk dikagumi kekuasaan nya bukan untuk dibuat sesuatu yang bukan2.


Tujuan tulisan aku bukan lah ingin sebotaj tempat perkelahan tetapi ingin semua pengunjung selalu berhati2 bila ketempat yang macam ini,Selalu berhati2 semoga selamat..Sekian

(kejadian lemas yang paling baru telah berlaku pada 19-12-2015,melibatkan lima orang sekeluarga.Aku tau berita ni dari whasapp kawan2 tapi aku enggan menyertai/pergi kerana aku tak dapat melihat semua kesedihan,lagi pun semua mangsa dah pun dijumpai semasa aku terima berita,semoga roh mereka yang terlibat diterima ALLAH)

Air Terjun Belukar Bukit sepi selepas tragedi

KUALA BERANG: Tragedi lima sekeluarga lemas di Air Terjun Belukar Bukit di sini, semalam, menyebabkan kawasan rekreasi itu sunyi sepi hari ini.  Tinjauan BH ke lokasi itu sejak pagi hingga tengah hari ini mendapati, walaupun keadaan cuaca baik, tiada pengunjung datang untuk berkelah mungkin bimbang keselamatan mereka susulan kejadian menyayat hati semalam. Kawasan rekreasi itu dipilih sebagai antara lokasi pelancongan oleh kerajaan negeri sempena Tahun Melawat Terengganu 2017, namun tinjauan juga mendapati keadaannya tidak terurus dan terbiar.


Malah, tiga kiosk perniagaan yang dibina di kawasan itu juga terbiar tanpa dimanfaatkan peniaga. 


Kemudahan awam seperti tandas, tempat berteduh dan wakaf yang disediakan juga dalam keadaan kotor, selain timbunan sampah sarap yang ditinggalkan pengunjung tidak dibersihkan. BH dimaklumkan pihak berkuasa tempatan (PBT) ada meletakkan tanda amaran dan larangan mandi di beberapa lokasi di kawasan air terjun itu, namun hanya tinggal tiang kerana perbuatan vandalisme pihak tidak bertanggungjawab.  


Akibatnya, peringatan dan amaran yang cuba disampaikan pihak berkuasa kepada pengunjung menerusi papan tanda disediakan supaya mereka lebih berhati-hati ketika mandi di kawasan air terjun itu tidak sampai.  


Seorang penduduk tempatan, Muhammad Nazri Mat Sharif, 36, berkata kawasan rekreasi itu sudah hampir tiga tahun terbiar. "Sebelum ini kawasan ini dijaga oleh belia Belukar Bukit. Tetapi sejak tiga tahun lalu lokasi ini seperti terbiar. "Saya berharap pihak berkuasa lebih cakna mengenai keselamatan dan pemeliharaan lokasi kunjungan ramai ini supaya perkara sama tidak berulang," katanya. 




 Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam, pemilik syarikat kejuruteraan, Mohd Halim Safian, 44, dan isteri, Nurul Adilah @ Salaiwati Awang, 39, bersama tiga anak perempuan mereka lemas selepas mandi di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu. 


 Bagaimanapun, seorang anak pasangan itu, Mohd Hasif, 8, yang berada di daratan ketika kejadian terselamat.

Related Posts :

0 Response to "Tragedi 5 Beranak Maut.. Misteri Air Tejun Belukar Bukit Terus Tagih Nyawa?"

Post a Comment

[[[ KLIK SINI UNTUK BACA ]]]