Wanita durjana ini layak diberikan gelaran `ibu syaitan’. Kesalahan yang dilakukannya ialah membantu kekasihnya merogol anak perempuannya sendiri yang berusia 12 tahun.
Jeannie Mae Carpenter mengaku salah atas perbuatan berkenaan dan dihukum penjara seumur hidup.
Dia bagaimanapun layak mendapat parol selepas 20 tahun penjara dan akan didaftarkan sebagai pesalah seks setiap 90 hari, untuk seumur hidupnya.
Teman lelakinya juga dihukum penjara seumur hidup. Carpenter dilaporkan memegang anaknya ketika lelaki buas itu merogol kanak-kanak berkenaan.
Namun tidak diketahui berapa kali anaknya dirogol atau mengalami penderaan seks.
Menurut pendakwaraya, Dan Dry, kanak-kanak berkenaan memberitahu saudara maranya bahawa kekasih ibunya itu telah merogolnya selama dua minggu.
Ketika menjatuhkan hukuman, hakim Fregiato menyifatkan kes berkenaan sebagai bertentangan dengan norma manusia.
“Jika kanak-kanak berusia 12 tahun itu tidak lagi boleh mempercayai ibunya untuk menyayangi dan melindunginya, siapa lagi di dunia ini yang boleh dipercayainya.
“Dia tentunya sama sekali tidak menyangka bahawa ibunya akan membantu kes rogol itu berlaku,’’ kata Fregiato ketika menyelar wanita itu.
Related Posts :
Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8) - 20 Januari 2017 … Read More...
Jawatan Kosong Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah - 26 Januari 2017 … Read More...
Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) - 31 Januari 2017 … Read More...
Jawatan Kosong Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) - 23 Januari 2017 … Read More...
Jawatan Kosong Universiti Malaysia Pahang (UMP) - 12 Februari 2017 … Read More...
0 Response to "Cerita Penuh Wanita Durjana Bantu Kekasih Rogol Anak Sendiri..."
Post a Comment