Namun begitu, amalan ini juga berkaitan dengan adab sopan seorang ibu yang menyusukan anaknya. Dalam masyarakat Melayu itu sendiri, menyusukan anak secara terbuka mungkin sedikit janggal bagi generasi-generasi lama. Perkara ini kemudian berubah setelah masa berlalu.
Ibu-ibu muda di zaman moden kini berkongsi perlakuan menyusu mereka di laman-laman sosial dengan alasan ianya menyokong kempen menyusu susu ibu.
Laman page popular Amran Fans telah memuatnaik beberapa keping foto ibu-ibu muda tersebut dan terus menerima puluhan ribu komen.
Kebanyakan komen dari keyboard warrior di laman tersebut mengherdik dan menghina perlakuan tersebut.
Namun, masih ada yang menyokong. Dek kerana sokongan itu, dipercayai, laman utama Amran Fans telah disekat FB. Namun begitu, Amran Fans dipercayai masih memeliki akaun 'backup'nya.
Mengikut pengamatan kami, ibu-ibu muda yang memuat naik foto menyusu anak mereka itu dikira masih lagi sopan. Masih terlindung aurat mereka. Bagaimana pula dengan pendapat pembaca yang lain? - Pilihan anda blog
0 Response to "Foto-foto ibu muda 'menetek' anak di laman FB cetus kontroversi"
Post a Comment