Namun kawan sejawatnya, Izreen Azminda mendedahkan yang Rita sememangnya sudah bertemu pengganti tetapi Izreen enggan memberitahu lebih lanjut kerana dianggap kurang manis
Saya selalu usik Rita yang dipanggil Kak Long… iaitu kalau Kak Long tak kahwin lagi macam mana adik nak kahwin?Buat Izreen sendiri yang sudah bergelar janda lebih daripada setahun, beliau sehingga kini masih belum bertemu dengan lelaki yang sesuai buat dirinya.
Jadi, bila saya dengar khabar dia sudah temui seseorang, saya tumpang gembira. Dia temui seorang lelaki yang baik hati dan sebagai teman saya doakan kebahagiaannya. Namun biarlah Rita yang menjelaskan sendiri semuanya.
Buat masa ini belum ada teman lelaki mahupun calon suami untuk berkahwin semula. Masih belum ada lelaki yang benar-benar dapat memikat hati saya.
Saya hanya akan terima lelaki itu andai dia boleh terima dan menyayangi anak lelaki saya. Dia kena ikhlas dan jujur sayang anak saya, bukannya buat-buat hanya untuk mendapatkan saya." -Izreen petikan ManggaOnline
0 Response to "Rita Rudaini dah ada penganti..."
Post a Comment