Hasrat seorang suami yang baru pulang dari belayar menjalankan tugas nya sebagai seorang Kapten kapal ingin berjumpa tidak kesampaian apabila dia terlibat dalam kemalagan awal pagi tadi.
ARTIKAL YG TERSIAR DI AKHBAR :
DUNGUN: Seorang kapten kapal maut selepas kereta dinaikinya terbabas dan melanggar pokok di Kilometer 101.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Paka, pagi tadi.
Dalam kemalangan kira-kira jam 6.30 pagi itu, Asulmi Mohamad, 31, dari Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kereta berkenaan dipandu rakannya, Abdul Azim Ab Wahab, 28, yang hanya cedera ringan dan dihantar ke Hospital Dungun untuk rawatan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Mohamad Yusof, berkata sepasukan lapan anggotanya dihantar ke tempat kejadian dan mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan.
Difahamkan, Asulmi yang baru sebulan dinaikkan pangkat sebagai kapten, baru pulang belayar dari Batam, Indonesia dan dalam perjalanan pulang ke rumah dari Pelabuhan Kerteh, di sini. -BH
0 Response to "Sayu : Abang pergi dulu sayang .. tak sempat kita hendak berjumpa (6Gambar)"
Post a Comment