Inilah kekasih terbaru Johan Asari..

Sebelum ini Nabila Huda dan Lana Nordin adalah wanita yang sering dikaitkan dengan Johan Asari, kini Johan tidak boleh menaruh harapan lagi kepada kedua-duanya kerana sudah menjadi isteri orang.

Pun begitu, Johan mengakui yang dia sedang mengenali hati seorang pelakon wanita yang juga kenalan lamanya.

“Ya, saya sedang berkawan rapat dengan seorang pelakon wanita ini. Saya tidak boleh memberitahu siapa, tetapi apa yang boleh saya katakan, dia seorang yang lembut peribadinya dan kami serasi apabila keluar bersama”

“Kami sering melakukan aktiviti seperti bermain luncur ais dan menonton wayang. Setakat ini, kami selesa berkawan rapat biarpun tidak pernah berlakon sama,” katanya dipetik daripada Utusan Online.

Related Posts :

0 Response to "Inilah kekasih terbaru Johan Asari.."

Post a Comment

[[[ KLIK SINI UNTUK BACA ]]]