Komen sadis anak Normah Damanhuri mengenai isu cium..

Anak Normah Damanhuri, Ahya Dedah Kisah Sebenar Gambar Bercium
Baru sahaja terpalit dengan kontroversi gambar separuh bogel yang tersebar di laman web lucah, nama anak pelakon Normah Damanhuri yang juga pelakon dan model, Ahya U Rosli, 29, kembali menjadi perhatian.

Semuanya gara-gara sekeping gambar yang dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya yang memperlihatkan susuk sepasang kekasih bercumbuan dengan berlatar belakangkan pemandangan laut.

Gambar tersebut membuatkan ramai pengikut mencemuh dan mempersoalkan tindakan pelakon yang pernah membintangi filem Tanda Putera ini.

"Terpulanglah apa orang nak kata kerana di sebalik gambar tersebut, saya menyukai pemandangan laut di belakang subjek (gambar kekasih bercumbuan).

"Ya, memang saya muat naik dan seperti yang saya katakan, jom island (pulau). Bermaksud saya mengajak kawan-kawan bercuti ke pulau.

"Terpulanglah sama ada orang berkeras mengatakan itu saya atau nak kata saya 'kantoi' kerana muat naik gambar sendiri.

"Apa yang penting saya tahu apa yang sebenarnya," jelasnya.
Ditebak adakah dia sengaja berbuat demikian untuk mencari publisiti menaikkan namanya, Ahya pantas menepis dakwaan itu.
"Bagi mereka yang sudah lama mengenali saya, tahu saya bagaimana.

"Saya memang suka bergurau. Tapi yang tak dapat terima, terpulanglah," ujarnya lagi.

0 Response to "Komen sadis anak Normah Damanhuri mengenai isu cium.."

Post a Comment

[[[ KLIK SINI UNTUK BACA ]]]