Luahan hati Adira AF menjadi isteri ke-2

Kehidupan Adira AF kini dikatakan lebih ramai tidak menyukainya memandangkan Adira AF sanggup menjadi isteri ke-2 seorang ahli perniagaan.

Namun bagi Adira memetik Bharian Plus, dia cukup bahagia disamping suami tersayang.
“Alhamdulillah, kehidupan saya lebih tenang berbanding dulu apatah lagi, sudah mempunyai teman hidup selain anak-anak tiri yang sentiasa di sisi. Kehadiran mereka melengkapi hidup kini, malah membuatkan saya lebih gembira”

“Saya tahu, di luar sana masih ramai yang melemparkan pelbagai kata hinaan hanya kerana saya menjadi isteri kedua. Terserah kepada mereka kerana saya ajar diri supaya tidak ambil pusing terhadap segala cacian yang dilemparkan”

“Semua itu hanya mengganggu emosi dan keharmonian rumah tangga. Saya memilih untuk tidak membaca segala tohmahan yang dilemparkan di sosial media. Lebih baik begitu kerana saya mahu menjalani kehidupan dengan tenang,” jelasnya kepada BH Plus.

Related Posts :

0 Response to "Luahan hati Adira AF menjadi isteri ke-2"

Post a Comment

[[[ KLIK SINI UNTUK BACA ]]]