Faye punca perceraian Azmin-Elly Mazlein?

Pelakon, Faye Kusairi menyifatkan dakwaan dirinya menjadi punca perceraian antara penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein, dengan pengarah, Azmi Hatta, sebagai mengarut.

Faye memetik Bharian berkata beliau terkilan apabila namanya terpalit sebagai pihak ketiga dalam kemelut hubungan dua selebriti terbabit sedangkan dirinya tidak begitu rapat dengan pasangan itu.
"Apabila membaca gosip berkenaan, saya faham masyarakat ingin tahu punca perpisahan Azmi dan Elly. Tetapi, adalah tidak adil apabila saya dipalit sama sebagai orang ketiga.

"Ini fitnah dan saya berasa terluka dengan tuduhan tidak masuk akal itu. Begitupun, tidak perlulah saya melatah atau memberi komen panjang-lebar. Yang penting perceraian Azmi dan Elly berlaku bukan kerana saya. Jika hendak diketahui puncanya, kenalah tanya mereka," katanya
Menerusi laporan sebuah akhbar mingguan hari ini, khabar angin mengatakan yang Faye menjalinkan hubungan dengan Azmi dan perkara itu dapat 'dihidu' oleh Elly. Dalam pada itu, Faye juga didakwa bercerita kepada beberapa pekerja belakang tabir dengan mengatakan Azmi dan Elly kononnya sudah bercerai pada Disember lalu. Menurut laporan berkenaan, berikutan kejadian itu Elly tidak boleh memaafkan Azmi dan akibatnya, mereka memutuskan untuk bercerai.

Related Posts :

0 Response to "Faye punca perceraian Azmin-Elly Mazlein?"

Post a Comment

[[[ KLIK SINI UNTUK BACA ]]]