Luahan Ayda Jebat kerana dikritik sebab menang anugerah..

Pada Anugerah Meletop Era yang lalu, nama Ayda Jebat kelihatan menjadi bualan apabila dia berjaya merangkul beberapa anugerah. Namun kemenangannya itu dipersoal memandangkan reputasinya yang tidaklah berada ditahap sebenar.

Ayda memetik HarianMetro sempat meluahkan apa yang patut dia lakukan buat masa ini.

“Selepas kemenangan ini, banyak komen negatif dan luahan tidak puas hati saya dengar. Tertanya-tanya juga adakah menjadi satu kesalahan apabila kemenangan berpihak kepada saya? Dua hari selepas majlis itu berlangsung, saya bertemu dengan Johan, Ray dan Haniff secara kebetulan”

“Mereka banyak menasihati saya. Antaranya, jangan pedulikan kata-kata negatif yang dilemparkan orang ramai. Mungkin juga kerana sikap saya yang suka membaca komen peminat membuatkan saya tertekan dan hilang keyakinan”

“Selepas mendengar nasihat Johan, saya abaikan semua komen tidak membina malah ada juga yang saya buang dan sekat di laman Instagram saya,” jelasnya

Related Posts :

0 Response to "Luahan Ayda Jebat kerana dikritik sebab menang anugerah.."

Post a Comment

[[[ KLIK SINI UNTUK BACA ]]]