Remaja 14 Tahun Mengaku Lakukan Seks dengan Teman Lelaki

kes-rogol-remaja-14-tahun
Seorang remaja mengaku melakukan hubungan seks bersama kekasihnya di sebuah rumah di Kampung Limpaong sebelum dicekup polis tengah hari kelmarin.
Mangsa, 14, dari Jalan Medamit ditemui di rumah suspek 17, oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, IPD Limbang selepas didakwa keluar rumah sejak Selasa lepas.
Difahamkan mangsa mendakwa melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya (suspek) sebelum bertindak membuat laporan polis kelmarin seterusnya melakukan pemeriksaan di Hospital Limbang.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu namun beliau enggan mengulas lanjut.
Siasatan katanya akan dilakukan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (rogol) dan mangsa juga pernah ditahan kerana positif dadah.
Dalam kes berasingan seorang remaja lelaki 16, juga penjual sayur ditahan polis kerana dipercayai positif dadah jenis Amphethamine.
Suspek berhenti sekolah sejak tingkatan tiga mengaku mengambil dadah jenis syabu dengan cara menghidu asap syabu yg dibakar di atas kertas timah.
Suspek juga pernah ditangkap sebelum ini atas kesalahan sama pada awal 2015 dan kali terakhir suspek mengambil dadah berkenaan ialah Isnin lepas sebelum disahkan positif dadah apabila ujian saringan awal polis dilakukan ke atasnya kelmarin.
Mohd Bukhori berkata siasatan akan diteruskan bagi mengesan punca bekalan dadah diperoleh dan penglibatan rakan-rakan suspek.
Suspek kini ditahan di lokap IPD Limbang untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
Sumber Artikel Ini : http://ift.tt/1UDZx3w

Related Posts :

0 Response to "Remaja 14 Tahun Mengaku Lakukan Seks dengan Teman Lelaki"

Post a Comment

[[[ KLIK SINI UNTUK BACA ]]]