Sayu : Dua maut tertindih.. trak bawa 26 anggota tentera terbalik alami masalah break (10Gambar)

Ranau : Dua anggota tentera maut, 24 lagi cedera selepas trak tentera yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer (KM) 40 Jalan Ranau-Telupid, di sini, pagi tadi.

Difahamkan, dalam kejadian pada 11.30 pagi itu, trak berkenaan dalam perjalanan dari Kem Sri Kinabatangan ke arah pekan Ranau terbabas selepas mengalami kegagalan brek ketika menuruni bukit.








LAPORAN AWAL :

Dua anggota Batalion ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja (22 RAMD) maut, lima lagi cedera parah manakala 19 yang lain cedera, selepas trak yang dinaiki mereka terbalik di Jalan Ranau Telupid kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Ranau mendapat panggilan kecemasan kira-kira jam 11.39 pagi, segera mengerahkan 12 anggotanya ke lokasi kejadian.

Kira-kira 40 kilometer sebelum sampai ke daerah Ranau, trak yang dinaiki tidak dapat diperlahankan setelah brek ditekan ketika sedang menuruni bukit.
Siasatan awal kejadian mendapati kenderaan bergerak keluar dari Kem Sri Kinabatangan sekitar jam 8.40 pagi tadi membawa seramai 26 orang anggota termasuk pemandu.

Mangsa yang meninggal dunia, berpangkat prebet Mohamad Zaim Salhudin (1183625) dan Shahril Afizat Mohamad (1177665).

Pemandu trak tersebut cuba mengawal keadaan dengan memusingkan stereng ke sebelah kanan dan cuba sekali lagi menekan brek tetapi masih tidak berjaya memperlahankan kenderaan tersebut sehingga pemandu memusingkan stereng ke sebelah kiri mengakibatkan kenderaan menjadi tidak stabil dan terbalik.

Nama-nama mangsa terlibat :
1. 1132631 Sjn Sahrul Zaman Bin Adnan (Pengurus) 2.1159824 Lkpl Mohd Noorrasyid Bin Ahmad (VM) 3.1162555 Lkpl Mohd Idrus Bin Jamil
15. 1177348 Pbt Tuan Amirul Izat Bin Tuan Rosdi
4.1169894 Pbt Abdul Mutalib Bin Yahya
5. 1173451 Pbt Rosli Bin Rosni (Pemandu)
6. 1174032 Pbt Azfazrul Bin Alias
7. 1174393 Pbt Azharolnizam Bin Aminuddin
8. 1174570 Pbt Mohd Alif Bin Jahya
10. 1175082 Pbt Tuan Nazri Bin Tuan Mat
9. 1175009 Pbt Mohamad Azizul Bin Zakaria
12. 1176682 Pbt Muhammad Hafizul Bin Muhd Noor
11. 1176468 Pbt Mohd Izzuddin Bin Mohd Isa
14. 1176978 Pbt Muhammad Muzammir Bin Rosli
13. 1176763 Pbt Muhammad Afiq Aizuddin Bin Zulkefli
Kemalangan tidak melibatkan sebarang kenderaan awam.
16. 1177695 Pbt Amirul Aizad Bin Amin
17. 1178733 Pbt Mohamad Hamizan Bin Alias
18. 1182890 Pbt Farhan Azmir Bin Khairul Azhar
19. 1183696 Pbt Muhammad Arif Bin Budin
21. 1183566 Pbt Che Famizan Bin Che Yasin
20. 1183034 Pbt Mohammad Naim Bin Ramli 22. 1183781 Pbt Wan Aliff Bin Wan Aziz
Kesemua yang cedera kini dirawat di Hospital Daerah Ranau Sabah.
23. 1184117 Pbt Mohd Fuad Bin Mahmood
24. 1169300 Lkpl Mohd Sofian Bin Hasim


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau Jimmy Lagon berkata, dua anggota tentera, Mohamad Zaim Salhudin dan Shahril Afizat Mohamad maut akibat parah di beberapa anggota badan.

"Semua mangsa yang cedera termasuk dua anggota tentera yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Ranau untuk tindakan lanjut.

"Hasil pemeriksaan lanjut di lokasi, kemalangan itu tidak membabitkan kenderaan awam lain dan ia berlaku dalam keadaan cuaca baik serta jalan yang kering ," katanya.-HM


Related Posts :

0 Response to "Sayu : Dua maut tertindih.. trak bawa 26 anggota tentera terbalik alami masalah break (10Gambar)"

Post a Comment

[[[ KLIK SINI UNTUK BACA ]]]