Fiza yang memetik Bharian menafikan dirinya bakal berkahwin. Malah, ibu tunggal kepada dua anak itu juga menafikan dia seorang juruterbang, berstatus suami orang.
"Kami baru kenal dan berjumpa, masakan nak kahwin tiba-tiba? Saya menulis menghitung hari di laman Instagram kerana akan terbabit dengan sebuah projek yang belum dapat didedahkan lagi.
"Tapi ada pula yang pandai-pandai membuat rumusan ia ada kaitan dengan saya nak berkahwin lagi. Saya juga terpaksa memadamkan perkongsian itu kerana ia mula mengundang komen bukan-bukan,"
"Masih terlalu awal untuk kami memikirkan soal kahwin. Saya pun pernah berdepan kegagalan dalam dua perkahwinan sebelum ini. Jadi saya tak mahu pisang berbuah dua kali lagi.
"Seperti kenyataan saya sebelum ini, memang saya sedang mengenali lelaki dengan pangkal huruf J. Dia bukan suami orang dan mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu."
"Soal kahwin lagi, pasti saya akan kongsi. Benda baik semestinya saya akan hebahkan," katanya kepada BH Online.
0 Response to "Fiza Elite bercinta dengan suami orang?"
Post a Comment