Acapan nafi peluk Islam, cuma...

Mengakui beliau sedang mendalami ilmu agama Islam, pelawak Acappan walaubagaimanapun menafikan khabar angin telah memeluk Islam.

Khabar angin tersebut mula bertiup kencang apabila tersebarnya gambar Acappan bersama rakan-rakan di sebuah surau.

Bercakap kepada mStar Online, Acappan atau nama sebenarnya Samynathan Rethinan menjelaskan gambar tersebut adalah semasa beliau memenuhi jemputan berbuka puasa semalam di sebuah surau di Salak Tinggi.
“Tidak salah rasanya saya memenuhi undangan tersebut dan berborak-borak tentang agama,” katanya dipetik laporan mStar.
Acappan berkata beliau menyukai agama Islam namun meminta diberi masa dalam hal memeluk agama Islam.

Beliau juga meminta supaya jangan menyebarkan berita yang tidak betul dan meminta masyarakat supaya tidak mempercayai berita tanpa pengesahan.
“Saya belum lagi bersedia untuk memeluk agama Islam, jika sudah bersedia saya akan beritahu kepada semua tentang itu,” katanya lagi.

Related Posts :

0 Response to "Acapan nafi peluk Islam, cuma..."

Post a Comment

[[[ KLIK SINI UNTUK BACA ]]]