LONDON: Dalam satu pungutan suara bersejarah, majoriti warga Britain telah mengundi untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU), sebuah keputusan yang akan merubah sama sekali iklim politik dan sosioekonomi negara itu, selain menjejaskan hubungan serantau yang telah terjalin sejak Perang Dunia Kedua.
Pasaran kewangan antarabangsa menjunam dengan drastik sejurus keputusan awal menunjukkan undian ‘Keluar’ mencatatkan pilihan majoriti sebanyak 51.8 peratus, lapor Reuters.
Nilai matawang Pound Sterling juga mengalami penjejasan terburuk iaitu 10 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat, iaitu penurunan paling rendah dalam tempoh 31 tahun akibat kegusaran pasaran jika keputusan untuk meninggalkan EU itu menjejaskan pelaburan ekonomi ke-5 terbesar dunia itu.-MYNEWSHUB.CC
erdana Menteri Britain David Cameron mengumumkan bakal meletakkan jawatan pada bulan Oktober depan selepas 6 tahun, beberapa jam selepas warga United Kingdom (UK) mengundi untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) dalam satu referendum yang digelar ‘Brexit’.
Membacakan sebuah kenyataan, Cameron mengumumkan pengunduran beliau di luar kediaman rasmi perdana menteri di Downing Street sejurus selepas keputusan akhir pungutan suara Brexit diumumkan.
Katanya, beliau akan cuba untuk “menstabilkan pentadbiran” buat beberapa minggu dan bulan-bulan yang mendatang, tetapi menegaskan bahawa “pucuk kepimpinan baru” adalah amat diperlukan.
Cameron telah menggesa rakyat Britain untuk mengundi Remain atau ‘kekal’ kerana risau akan akibat yang bakal menimpa UK dari sudut ekonomi dan keselamatan jika ia keluar daripada EU, namun ‘keluar’ mencatatkan undian majoriti iaitu sebanyak 52 peratus berbanding 48 peratus untuk Remain.
Berdasarkan analisis, England dan Wales menyokong kuat referendum Brexit manakala London, Scotland dan Utara Ireland mengundi untuk kekal di dalam blok pertubuhan serantau itu.
Sementara itu, pemimpin Parti Kemerdekaan UK Nigel Farage menyifatkan kejayaan Brexit sebagai ‘hari kemerdekaan’ UK, namun penyokong Remain menggelarkan perpecahan itu sebagai “malapetaka”.
Akibat susulan selepas Britain keluar daripada EU, matawang Pound Sterling jatuh mendadak dan mencatat penurunan paling rendah sejak tahun 1985.-MYNEWSHUB.CC
0 Response to "BERITA DUNIA : Paling Mengejutkan Dalam Sejarah Dunia. Britain Keluar Dari Kesatuan Eropah EU..!!!"
Post a Comment