Awie menafikan desas-desus bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya pada hari raya ketiga seperti didakwa sesetengah pihak.
Awie berkata berita gembira itu pasti dikongsi dengan media dan orang ramai sekiranya tarikh pernikahan sudah ditetapkan.
"Susah senang saya bersama dengan rakan media. Sudah tentu saya akan memaklumkan semua andai kami sudah dapat tarikh. Mereka inilah yang bersama ketika saya berhadapan kemelut rumah tangga. Semestinya berita gembira juga ingin saya kongsi dengan mereka.
"Maknanya tidak benar kami merancang mengadakan majlis perkahwinan pada Syawal ketiga nanti kerana sudah pasti sekarang ini saya sibuk membuat persiapan," katanya kepada BH Online.
Terdahulu, pada 3 Jun lalu vokalis Wings itu melangsungkan pertunangan dengan seorang wanita bernama Sharifah Ladyana di Hotel Vistana, Pulau Pinang yang hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat. Berita pertunangannya menjadi viral di laman sosial selepas foto dua anak gadis penyanyi terbabit, Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha bersama Ladyana tersebar.
Related Posts :
Penting! Begini Hukum Dan Tata Cara Mencukur Bulu Kemaluan
Tata cara dan hukum mencukur bulu kemaluan merupakan salah satu sunnah Rasulullah SAW yang amat disayangkan jika kaum muslimin yang tida… Read More...
Menurut Rasulullah, Inilah Wanita-Wanita Yang Akan Menjadi Ratu Surga
Hanya Ilustrasi
Surga adalah tempat yang tidak pernah terbesit dalam hati, terlintas dipikiran, terlihat oleh mata, dan terdengar… Read More...
Subhanallah, Wanita Shalehah Kedudukannya Lebih Tinggi Dari Bidadari Surga
Akhwat Muslimah: Subhanallah, Wanita Shalehah Kedudukannya Lebih Tinggi Dari Bidadari Surga
Imam Ath-Thabrani mengisahkan dalam se… Read More...
Izreen Azminda, Sherry Ibrahim kemalangan, keadaan mereka kini...
Izreen Azminda dan Sherry Ibrahim terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan dekat Perak, awal pagi semalam. Kejadian itu di… Read More...
Sekitar Pernikahan Hazlin Hussain, Mir Abdul Malek Raiyani (70 gambar HD)
-gambar Sixuca Wedding PhotographyBaca lagi »
… Read More...
0 Response to "Awie nikah 3 Syawal ini? ini komen Awie.."
Post a Comment