Sharnaaz bakal berkahwin dengan kakak Neelofa pada...

Sharnaaz Ahmadsedia bergelar suami ahli perniagaan, yang juga kakak Neelofa, Noor Nabila, selewat-lewatnya tahun depan.

Katanya, mereka sudah berbincang ke arah mendirikan rumahtangga, namun menyerahkan urusan perbincangan dan peminangan kepada keluarga.
"Pada usia ini, saya sudah sedia memikul tanggungjawab sebagai suami serta membina keluarga. Saya berharap ia dapat direalisasikan tahun depan.

"Walaupun hasrat ini sudah saya suarakan kepada Nabila, semuanya harus mengikut adat bermula dengan majlis merisik disusuli peminangan.

"Namun, kalau boleh saya enggan 'mengikat' bakal isteri terlalu lama. Kami mahu bertunang tidak lebih dari enam bulan," katanya kepada BH Online.

Related Posts :

0 Response to "Sharnaaz bakal berkahwin dengan kakak Neelofa pada..."

Post a Comment

[[[ KLIK SINI UNTUK BACA ]]]