Asyura: Antara Kelebihan Beribadah Dan Pembohongan Syiah

A Bahraini man searches the sky over the Persian Gulf for the crescent moon in the western village of Karzakan, Bahrain, on Thursday, July 19, 2012. The new moon heralds the start of the Islamic holy month of Ramadan, a time of fasting, prayer and charitable giving for Muslims worldwide. Bahrain announced Ramadan officially begins Friday in the kingdom. (AP Photo/Hasan Jamali)
A Bahraini man searches the sky over the Persian Gulf for the crescent moon in the western village of Karzakan, Bahrain, on Thursday, July 19, 2012. The new moon heralds the start of the Islamic holy month of Ramadan, a time of fasting, prayer and charitable giving for Muslims worldwide. Bahrain announced Ramadan officially begins Friday in the kingdom. (AP Photo/Hasan Jamali)
Asyura: Antara Kelebihan Beribadah Dan Pembohongan Syiah


Hari A’syura adalah hari yang kesepuluh dalam bulan pertama Islam iaitu Muharram yang mana ia berkaitan dengan bulan penghijrahan baginda s.a.w. Pada hari tersebut terdapat ibadah yang sangat dituntut kepada umat Islam untuk melaksanakannya yakni puasa sunat. Bahkan puasa sunat pada hari ‘Asyura ini telahpun mendahului puasa dalam bulan Ramadhan dari segi pensyariatannnya dan juga perlaksanaannya. Hadis nabi s.a.w ada meriwayatkan:
“Rasulullah s.a.w telah memerintahkan untuk berpuasa pada hari A’syura sebelum diwajibkan puasa Ramadhan. Tatkala diwajibkan berpuasa Ramadhan maka diberi kelonggaran untuk sesiapa sahaja untuk berbuka atau berpuasa pada hari tersebut (A’syura)”
(HR Muslim. No:1869)
Melihat kepada kewajipan pensyariatan puasa hari ‘Asyura ini dahulu, sudah tentu ia merupakan ibadah yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Adapun ganjaran berpuasa A’syura amatlah besar sepertimana sabda Rasulullah s.a.w daripada Abi Qatadah r.a:
“Rasulullah ditanyakan tentang puasa hari kesepuluh (Muharram), lalu baginda menjawab: Diampunkan dosa tahun sebelumnya.” (HR Muslim no.1968)
Hidup umat terkemudian ini tidak panjang. Bahkan dalam kehidupan yang singkat ini seringkali kita terjebak dalam dosa sama ada yang disedari atau tidak. Justeru itu, hamba yang mengharapkan pengampunan sudah tentu tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk mengutip janji baginda s.a.w bagi merebut nikmat yang terbesar iaitu pengampunan Allah s.w.t
Membezakan Puasa Bani Israel dan Umat Islam
Terdapat beberapa sejarah yang bertepatan dengan tarikh 10 Muharram ini. Antaranya peristiwa pada zaman nabi Musa a.s dan kaum Israel cuba menyelamatkan diri daripada kekejaman Firaun. Mereka merentas Laut Merah yang mana telah dibelah oleh nabi Musa a.s menggunakan tongkat baginda yang juga merupakan salah satu mukjizat daripada Allah kepadanya.
Sebagai tanda syukur nabi Musa a.s dan kaumnya terhadap peristiwa yang juga berlaku pada tarikh yang sama (10 Muharram) juga menyebabkan mereka benar-benar insaf, maka mereka bermunajat kepada Allah s.w.t dengan berpuasa pada hari tersebut kerana mereka berjaya membebaskankan diri daripada cengkaman manusia angkuh yang menggelar diri sebagai tuhan iaitu Firaun.
Pada zaman Rasulullah s.a.w, ketika mana baginda berada di Madinah, baginda mendapati kaum yahudi berpuasa pada hari tersebut lalu bertanya kepada mereka (ahli Madinah) dan mereka menjawab:
“Ini adalah hari raya bagi mereka, iaitu ketika Allah menyelamatkan nabi Musa a.s dan kaumnya lalu menenggelamkan Firaun. Justeru mereka berpuasa sebagai tanda bersyukur mereka berpuasa. “Kemudian baginda s.a.w bersabda: ‘Aku lebih utama kepada (Musa) berbanding mereka’. Maka baginda pun berpuasa begitu juga para sahabatnya”(HR Bukhari no.4384)
Namun demikian, terdapat sebahagian sahabat nabi yang sensitif kurang senang dek kerana puasa hari tersebut seakan-akan menyerupai kaum Yahudi . Maka baginda s.a.w bersabda daripada Abdullah Ibn Abbas r.a:
“Pada tahun hadapan jika aku masih hidup maka akan aku berpuasa pada hari yang sebelumnya yakni 9 Muharram.”(HR Muslim no.1909)
Namun baginda telahpun wafat terdahulu sebelum sempat untuk sampai pada tahun seterusnya. Namun manfaat yang boleh kita ambil disini adalah kita digalakkan juga untuk berpuasa satu hari sebelumnya iaitu pada hari ke 9 Muharram sebagai tanda membezakan dengan kaum Yahudi. Adapun tidak menjadi kesalahan bagi kita untuk hanya berpuasa pada hari ‘Asyura sahaja.
Perbezaan_sunni_syiah
Karbala’: Peristiwa berdarah Syiah
Hari yang begitu besar ganjaran dalamnya jika kita berpuasa, dicemari dengan beberapa penyelewengan oleh golongan Syiah. Pada hari tersebut, mereka mendakwa ia adalah hari di mana terbunuhnya Saidina Husain r.a dan mengaitkan tragedi ini ke atas Yazid Bin Muawiyah selaku pembunuhnya. Walhal dalam fakta sejarah bahkan dalam buku mereka sendiri menyatakan Syiah daripada Kuffah yang melakukan perbuatan keji ini.
Antara ulama’ Syiah yang menyebutkan tentang peristiwa ini adalah Baaqir Majlisi dalam tulisannya :
“Sekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara ghaib. Maka berkatalah mereka, ” Demi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak pernah dilakukan oleh orang lain. Kita telah membunuh “Ketua Pemuda Ahli Syurga” kerana Ibn Ziad anak haram itu. Di sini mereka mengadakan janji setia di antara sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak berguna apa-apa”. (Jilaau Al’Uyun, m.s. 430)[i]
Tidak cukup sekadar itu, bahkan doa Imam Al-Hussain sendiri sebelum beliau dibunuh ke atas pengikut Syiah ada menyebutkan tentang perkara:
“Ya Allah kalaulah Engkau mengekalkan mereka hingga suatu ketika, maka pecah belah kan mereka, jadikan mereka berbagai puak yang berlainan dan jangan jadikan penguasa berasa senang dengan mereka. Sesungguhnya mereka telah menyeru kami supaya membantu kami kemudian memusuhi dan membunuh kami.”{241 : الإرشاد المفيد}[ii]
Berdasarkan nas-nas ini, dapat kita simpulkan bahawa penyesalan terhadap pembunuhan dengan menepuk dada, menampar pipi dan sebagainya ini merupakan satu pembohongan dan tohmohan yang ingin dikaitkan dengan para sahabat dan orang-orang soleh pada ketika itu.
Ahli Bait dan Hussain sendiri disakiti!
Perasaan sesal mereka terhadap pembunuhan Hussain r.a dek kerana dakwaan mereka mencintai ahli bait (keluarga nabi s.a.w) adalah lakonan semata-mata kerana terdapat dalam buku-buku yang ditulis oleh tangan orang-orang mereka sendiri tentang keburukan yang direka-reka.
Al-Kulaini meriwayatkan di dalam “ الأصول ” daripada Al-Kafi tentang kisah bahawa Rasulullah s.a.w dan Fatimah r.a sebenarnya membenci kedatangan Hussain ke bumi, bahkan kelahiran beliau itu adalah disebabkan terpaksa hingga menyebabkan Hussain r.a tidak disusukan oleh Fatimah r.a.
Dr. Musa al-Musawi mengulas kenyataan ini dengan menyatakan adakah mungkin seorang nabi itu tidak redha dan menolak pemberian Allah kepada hamba-Nya? Adakah mungkin seorang ibu yang melahirkan anak seperti peribadi Hussain r.a yang mana sangat mulia di sisi Syiah membenci kelahiran tersebut?[iii]
Bahkan tidak!
Lihat dalam sirah bagaimana Rasulullah s.a.w meraikan cucunya yang duduk di atas belakang baginda s.a.w ketika sedang sujud. Bukankah ini tanda kasih sayang dan rasa cinta baginda s.aw terhadap cucunya? Juga secara logiknya, jika seorang ibu itu melahirkan anak-anak yang soleh adakah mungkin dia akan membencinya atau sebaliknya mengharap semua anaknya mempunyai peribadi yang sama?
Cemuhan ini tidak terhenti pada peribadi Hussain r.a sahaja bahkan mereka (Syiah) turut menyakiti ahli bait yang lain seperti Fatimah r.a, Hassan r.a hinggalah peribadi Rasulullah s.a.w sendiri!
Kematian itu pasti
Kematian itu adalah suatu perkara yang pasti. Setiap manusia tidak akan terlepas darinya. Adapun ia telahpun tertulis bila dan bagaimana seorang manusia itu akan berpisah dengan bumi sejak dari dalam Rahim seorang ibu. Jika ingin mengikut perasaan sedih mengenangkan kematian seseorang itu maka, Rasulullah lebih berhak untuk ditangisi kerana pemergian baginda.
Namun, perasaan duka yang melampau ini ditegas dalam hadis baginda s.a.w:
“Tidak termasuk golongan kami siapa saja yang menampar pipi (wajah), merobek saku, dan melakukan amalan Jahiliyah.” (HR. Bukhari no.1211)
Kesimpulan: Persiapkan diri menghadapi kematian
Kita mengakui bahawa mati itu pasti. Tetapi yang menjadi tanda tanya adalah bagaimana manusia itu bersedia untuk menghadapinya. Justeru itu, dengan kesempatan yang Allah berikan kepada kita ini untuk diampunkan dosa-dosa yang telah lalu amatlah tidak patut untuk kita biarkan ia berlalu sebagaimana kebiasaan hari yang lain.
Wallahualam.
  1. http://ift.tt/1PshmRF
  2. Kenapa Aku Meninggalkan Syiah (terjemahan) Dr Musa Al-Musawi, m/s 47,48
  3. Ibid. m/s 67,68
Rujukan Umum
Dirasat An Firaq Fi Tarikh Muslimin Khawarij wa Syiah, Dr Ahmad Muhammad Jali
Al-Mausuah Muyassarah Fi Al-Adyan wa Al-Mazahib wa Al-Ahzab Muasirah, Dr Mani’ bin Hammad.
Sumber: http://ift.tt/1McD08A

Related Posts :

0 Response to "Asyura: Antara Kelebihan Beribadah Dan Pembohongan Syiah"

Post a Comment

[[[ KLIK SINI UNTUK BACA ]]]