Gamat Suasana: Perwakilan Mahu Lihat Muhyiddin-Najib Berpeluk
Tepukan gemuruh dan suasana gamat apabila Perwakilan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir merayu 2 pemimpin tertinggi UMNO untuk berpeluk.
Datuk Musa mahu melihat Tan Sri Muyiddin Yassin dan juga Datuk Seri Najib Tun Razak supaya saling berpelukan di hadapan ribuan perwakilan semasa ucapan penggulungan presiden sebagai isyarat berdamai.
Permintaan tersebut mendapat sorokan dan tepukan gemuruh perwakilan yang hadir pada sesi perbahasan ucapan dasar presiden semasa Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini Khamis.
Ini komennya:
"Masa ucapan penangguhan presiden, presiden dan timbalan presiden kena berpelukan di hadapan kami.
"Kami di bawah ini nak bagi nasihat kat yang di atas.Ini bukan main-main. Kami sebulat suara mahu yang di atas berbaik semula,"
Malah, beliau turut menasihatkan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno supaya tidak lagi mengadakan 'roadshow' mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sebaliknya, Musa meminta Muhyiddin supaya membantu memperkukuhkan Umno dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU-14).
Sumber: mStar
0 Response to "Gamat Suasana: Perwakilan Mahu Lihat Muhyiddin-Najib Berpeluk"
Post a Comment