"I am a gentleman, apa-apa marilah berjumpa" - PM Najib
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan menyerah kalah terhadap asakan dan cabaran yang menimpanya.
Pelbagai kontroversi dan dakwaan yang muncul terhadap PM Najib akhir-akhir ini terutama isu 1MDB.
Penegasan itu dinyatakan Najib ketika wujud desakan daripada pelbagai pihak supaya beliau berundur sebagai orang nombor satu dalam kerajaan dan Presiden Umno.
Ini ucapannya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno 2015 di sini.
"Pujangga ada berpesan, hidup ini tidak pernah pun menjanjikan yang senang-senang saja. Apabila berdepan dengan masalah, kita tidak boleh sekali-kali lari daripadanya. Itulah prinsip saya,”
Selain itu Najib menggesa supaya pihak yang tidak berpuas hati dengan kepimpinannya supaya tampil bersemuka menggunakan saluran yang betul.
"Pada hemat saya, kepimpinan itu bukan soal kebongkakan menongkat langit, bukan juga mengumpul orang di sana sini untuk mengata dan menuduh sesuka hati.
“Ya betul, memang benar saya seorang presiden dan pemimpin, akan tetapi saya juga manusia seperti saudara dan saudari semua. Masing-masing punyai kelebihan dan kekurangan.
"Tetapi bagi saya, I am a gentleman, apa-apa kekusutan pun marilah berjumpa, duduk berbincang, kita selesaikan melalui saluran yang betul,”
Sumber: mStar
0 Response to ""I am a gentleman, apa-apa marilah berjumpa" - PM Najib"
Post a Comment