Sekumpulan nelayan tidak berhati perut yang menemui satu mayat terapung di Sungai Jinsha di selatan Sichuan menuntut bayaran 18,000 yuan (RM12,000) daripada sepasang suami isteri untuk mendapatkan mayat anak mereka.
Kerana tidak mampu membayar wang nelayan berkenaan, mayat itu dibiarkan terapung di sungai itu selama beberapa hari.
Anak pasangan itu Deng Shuchao dilapor membunuh diri dengan terjun ke sungai berkenaan dari jambatan di bandar Panzhihua pada 30 November lalu kerana masalah kewangan.
Sebelum membunuh diri, pemandu teksi itu memberitahu ibu bapanya, dia tidak mampu membaharui kontrak teksinya yang berjumlah 6,000 yuan (RM4,000).
Mayat itu ditemui tiga hari selepas Deng membunuh diri.
Bapa Deng menawar membayar setiap nelayan itu 200 yuan (RM130), tetapi mereka menolaknya.
Harian Metro
0 Response to "Nelayan 'jual' mayat bayi RM12,000"
Post a Comment